Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Nizam Sani dalam kenyataanya berkata, Bank Rakyat memanfaatkan cuti sekolah ini dengan pelbagai aktiviti kepada pelajar selain mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Kelab Nuri Bank Rakyat bergerak aktif menerusi penganjuran program kepada pelajar sekolah rendah dan menengah menerusi aktiviti Sleeping with the Sharks di Aquaria KLCC (6 & 7 Disember 2018), Nuri Lab Yayasan Bank Rakyat di Perpustakaan Negara (10 Disember 2018), A Day at the Library di Terengganu (13 Disember 2018) dan Night at the Museum di Muzium Negara (22 & 23 Disember 2018)", katanya.

Kelab Nuri juga bakal memeriahkan Karnival Upin Ipin dan Kawan-Kawan yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 21 hingga 23 Disember 2018. - UTUSAN ONLINE