Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid berkata, Bank Muamalat merupakan bank islam institusi kewangan pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan tersebut kepada para pelanggannnya.

“Perkhidmatan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bank Muamalat untuk meningkatkan nilai tambahnya dengan menyediakan pengalaman perbankan terbaik kepada para pelanggan segmen premium,” katanya pada majlis pelancaran Muamalat Beyond Premier Banking di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE