Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, peruntukan itu termasuklah penyediaan stok bekalan di pangkalan hadapan dan penyelenggaraan kemudahaan asas di pusat-pusat pemindahan.

“Pada masa ini Terengganu telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam situasi fenomena Monsun Timur Laut yang bermula 13 November lalu sehingga Mac tahun depan.

``Saya amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan terutama tiga agensi hadapan iaitu Jabatan Kaji Cuaca (JKC), Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Aidil Ismail dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman.

Beliau yang juga Pengerusi JPBN berkata, Terengganu menyediakan 142 stor pengkalan hadapan di seluruh negeri.

Katanya lagi, terdapat sebanyak 553 pusat pemindahan di seluruh negeri yang dapat menampung kira-kira seramai 131,875 orang. -UTUSAN ONLINE