Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Nazary Ahmad berkata, pihaknya terpaksa menghentikan operasi setelah paras air Sungai Melaka yang menjadi laluan bot meningkat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.

"Perkhidmatan bot dijangka akan kembali sekiranya paras air sungai kembali seperti biasa dan bagi memastikan tiada limpahan, PPSPM mengawal pembukaan dan penutupan pintu kawalan air di muara Sungai Melaka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama perkhidmatan bot berkenaan dihentikan sementara ekoran masalah cuaca sejak ia diperkenalkan pada November 2005.

Melaka River Cruise beroperasi selama 364 hari setahun kecuali pada Hari Raya Aidilfitri.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi kaunter Jeti Taman Rempah di talian 06-2861530 atau kaunter Jeti Muara Sungai Melaka di talian 06-2861531. - UTUSAN ONLINE