Hujan lebat sepanjang malam mengubah jalan raya di bandar perindustrian Nea Peramos dan Mandra kira-kira 27 kilometer barat Athens menjadi aliran sungai memerangkap berpuluh-puluh orang di dalam rumah dan kereta masing-masing,

Beberapa orang penduduk terpaksa memanjat bumbung dan balkoni rumah manakala pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan sebanyak 12 orang di dalam sebuah bas yang terperangkap di sebuah jambatan.

Di Mandra, lima orang termasuk dua wanita ditemukan maut sama ada di rumah atau di ladang mereka manakala dua lagi ditemukan terapung di laut. - REUTERS