Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setakat ini sebanyak 700 hektar kawasan pertanian yang musnah di negeri tersebut telah dikenal pasti.

"Kita ada kaedah dan formula tertentu untuk mengira jumlah kerugian oleh petani dan akan menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Walau bagaimanapun, segala jumlah kerugian akan diketahui nanti kerana banjir berlaku sewaktu kebanyakan petani telah menuai hasil tanaman. Oleh itu kita berharap jumlah tersebut tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Persidangan Padi Kebangsaan 2017, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE