Seorang jurucakap agensi pengurusan bencana negeri Assam, Rajib Prakash Barua berkata, hujan monsun masih berlaku dan akan ada perkembangan terbaharu setiap jam.

“Sebanyak 18 individu telah mati sejak monsun berlaku di timur laut negeri ini sejak April lalu termasuk seorang individu yang meninggal dunia semalam,” katanya. - AFP