BBC melaporkan, kebanyakan mangsa yang dipindahkan itu merupakan kumpulan yang menyertai perkhemahan.

Pihak berkuasa Perancis memaklumkan seorang lelaki warga Jerman berusia 70 tahun hilang di satu daripada pusat perkhemahan di selatan negara ini.

Antara kawasan yang teruk terjejas termasuk Gard, Ardeche dan Drome, selain lebih 400 anggota bomba dan polis dikejarkan ke lokasi terjejas.

Bencana banjir itu berlaku selepas selatab Perancis dan sebahagian Eropah dilanda musim panas melampau. - AGENSI