Zainol Abidin Ahmad membetulkan jala selepas menebar untuk menangkap ikan air tawar. - UTUSAN ONLINE
Zainol Abidin Ahmad membetulkan jala selepas menebar untuk menangkap ikan air tawar.

Berikutan itu ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk menjala ikan termasuk seorang pesara pengetua sekolah, Zainol Abidin Ahmad, 62.

Beliau memberitahu, telah membeli jala yang berharga lebih RM100 sejak beberapa tahun lalu hanya untuk digunakan setiap kali berlaku banjir di kawasan berdekatan tempat tinggalnya.

Setakat ini katanya, hasil tangkapan yang diperoleh sangat berbaloi.

“Sekejap sahaja pada pagi tadi saya sudah mendapat ikan keli, puyu dan sepat,” katanya yang tinggal di Kampung Simpang Geti, Mata Ayer, dekat sini.

Zainol berkata, ikan yang dijalanya itu dimasak dengan resepi asam pedas yang merupakan masakan tradisional Perlis oleh isterinya Jisma Abdullah, 58.

Beliau berkata, sehingga kini ikan sawah sudah semakin pupus dan kalau dijual di pasaran pun harganya telah meningkat berkali ganda. - UTUSAN ONLINE