Menteri Kewangan, A.M.A Muhith berkata, perjanjian penghantaran pulang pelarian yang ditandatangani antara Myanmar dan Bangladesh pada November lalu berkemungkinan berdepan kegagalan walaupun pendirian rasmi kerajaan menegaskan bahawa etnik minoriti itu harus kembali ke kampung halaman mereka.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad Al Hussein dalam ucapannye kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkata, penghapusan etnik masih berlaku di Rakhine apabila terdapat laporan bahawa pihak berkuasa Myanmar memusnahkan kawasan yang dipercayai kubur besar etnik Rohingya.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai usaha yang sengaja dilakukan untuk menghapuskan bukti jenayah antarabangsa dan kemungkinan jenayah terhadap kemanusiaan.-AFP