Berita penemuan objek yang sudah mereput, tinggal sedikit kulit dan rangka itu tersebar cepat lalu menarik perhatian orang ramai di kawasan sekitar untuk datang melihatnya.

Penemuan objek itu kemudian dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan awal, pegawai SFC mendapati bangkai berkenaan merupakan seekor ikan paus.

Seorang pegawai SFC ketika dihubungi di sini pagi ini, mengesahkan menerima laporan tentang penemuan objek aneh tersebut.

“Ya...betul (laporan) tersebut. Pegawai SFC kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Buat masa ini, bangkai tersebut dipercayai seekor paus dan maklumat lengkap akan diberikan kepada media nanti,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE