Pegawai pencegahan bencana berjaya mengawal kebakaran itu di Pelabuhan Balikpapan namun masih berusaha mengawal tumpahan minyak tersebut yang bermula Sabtu lalu melibatkan kawasan seluas 12 kilometer persegi.

“Kami telah menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran,” kata Ketua Agensi Pencegahan Bencana Balikpapan, Suryanto. - REUTERS