Kebanyakan balak jenis Meranti dan Keruing dengan berat kira-kira 2,500 tan metrik dianggarkan bernilai RM3 juta itu ditebang di Hutan Simpan Chini dan Hutan Simpan Chini Tambahan di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, serbuan dan rampasan itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan orang awam.

“Balak tersebut ditemukan di sembilan longgokan di sekitar hutan simpan berkenaan dengan anggaran berat 2,500 tan metrik.

“Empat suspek ditahan ketika sedang membawa keluar kayu belah. Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam sidang akhbar ketika membuat tinjauan di lokasi rampasan itu.

Menurut Mohd. Hizamri, seramai 60 anggota Jabatan Perhutanan terlibat dalam operasi itu.

Kata beliau, pihaknya turut menyita tiga jentolak, dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori dalam serbuan berkenaan. - UTUSAN ONLINE