Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tugas guru pada masa akan datang akan menjadi semakin mencabar kerana selain menjadi penyebar ilmu, guru juga perlu mempunyai kepelbagaian kemahiran memandangkan generasi baharu terlalu ke hadapan.

"Malah bakal guru juga perlu mempunyai kebijaksanaan dan berfikiran aras tinggi membabitkan semua isu termasuk ekonomi, politik dan sebagainya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Kepemimpinan Siswa Guru Kebangsaan di Akademi Kenegaraan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin; Ketua Pengarah Tatanegara, Datuk Dr. Ibrahim Saad dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru, Dr. Rusmini Ku Ahmad. - UTUSAN ONLINE