Abdul Fatah Abdullah

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, dana itu akan disalurkan kepada 14,000 gerakan koperasi di seluruh negara bagi membolehkan mereka terlibat dalam perniagaan berimpak tinggi.

Tegas beliau, perkara itu dilihat berupaya memperkukuhkan perniagaan sektor koperasi yang akan mempercepatkan perolehan yang disasarkan kerajaan iaitu berjumlah RM50 bilion sumba­ngan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menje­lang 2020.

“Baru-baru ini kita ada berjumpa dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah di mana Angkasa minta kerajaan memperuntukkan RM300 juta sebagai modal pusi­ngan untuk diberi kepada kita bagi menggerakkan koperasi-koperasi yang berdaftar sebagai ahli Angkasa.

“Tujuannya adalah untuk membantu koperasi supaya terlibat dalam perniagaan yang berimpak tinggi sete­rusnya dapat menyumbang kepada 50 bilion KDNK yang disasarkan oleh kerajaan menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat Operasi Koperasi Ahli Angkasa Selangor (Pokas) di Pejabat Angkasa Negeri Selangor, Kelana Jaya dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Selangor, Datuk Mohd. Alias Hamzah.