Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut adalah untuk membaiki hampir 2,000 sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif, seperti bumbung yang bocor, lantai yang rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti melalui kaedah ‘Industrial Building System’.

“Sejumlah RM2.9 bilion pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

“Manakala, Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan, dengan peruntukan RM328 juta memanfaatkan 3.2 juta murid,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE