Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, geran sepadan RM500 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM500 dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.

“Tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada enam ribu ringgit, bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSP1M selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018.

“Ini adalah bagi menggalakkan budaya menabung untuk pendidikan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE