Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM90 juta turut diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

“Selain itu, RM2.2 bilion akan diperuntukkan bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

“Setiap penuntut di universiti awam dan swasta serta tingkatan enam pula akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai 250 ringgit memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Najib, Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah 44 bilion ringgit. - UTUSAN ONLINE