Selain itu, pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberikan kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berusia bawah enam tahun ke pusat asuhan dan pra-sekolah berdaftar bermula 2017.

Sebanyak RM30 juta pula diperuntukkan untuk golongan wanita menjalani pemeriksaan mamogram dan mendapat suntikan imunisasi virus papilloma manusia (HPV) secara percuma bagi mencegah kanser. - UTUSAN ONLINE