Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk menyekat bantuan tahunan yang berjumlah lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) untuk memaksa Palestin mengadakan rundingan.

Jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rudeina berkata, Baitulmuqqadis adalah ibu negara Palestin buat selamanya dan tidak boleh dijual untuk emas atau wang ringgit.

“Kami bukan menolak rundingan, namun perkara ini perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa dan resolusi yang mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka dan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya,” katanya. – AFP