Perdana Menteri berkata, usa­ha bagi memartabatkan bahasa ibunda itu mampu dicapai menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) kelak.

“Bahasa Melayu akan sentiasa kerajaan Barisan Nasional (BN) perjuangkan, martabatkan ke tahap lebih tinggi.

“Ia melambangkan jati diri bangsa,” katanya menerusi status dimuat naik di akaun Twitter beliau hari ini.

Najib ketika berucap dalam majlis penyampaian hadiah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 semalam berkata, bahasa Melayu akan dimartabatkan kedudukannya seiring de­ngan hasrat menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 buah negara paling berjaya menjelang TN50.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu melihat bahasa Melayu menjadi bahasa utama di rantau ASEAN dan sebagai salah satu bahasa pengantara utama di peringkat global.