Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad berkata, semua pelaku perbuatan itu perlu dikenakan tindakan sama yang selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law)dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

“MPM memandang berat dan menyarankan supaya setiap pelanggaran seperti ini terhadap peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 digantung sehingga ditarik balik penyiaran itu atau diampunkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan surat rasmi kerajaan tempatan tersebut yang menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris yang tular di media sosial sehingga menimbulkan kemurkaan baginda pada awal minggu ini.

Hassan berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Perling, Cheo Yee How menuduh pihak yang menyiarkan surat lampiran itu sebagai provokatif dan tohmahan namun alasan tersebut hanya menunjukkan kejahilan dan keangkuhan mereka.

Beliau menambah, mereka perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan pelanggaran bahasa tersebut. - UTUSAN ONLINE