Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bagasi KLIA - penumpang terjejas boleh tuntut ganti rugi

Bagasi KLIA - penumpang terjejas boleh tuntut ganti rugi
BADLISHAM

SEPANG 18 Mac - Para penumpang yang terkandas akibat gangguan masalah bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat penerbangan masing-masing.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, sekiranya syarikat penerbangan terlibat tidak menjelaskan ganti rugi, mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dengan segera.

"Ekoran kejadian semalam, banyak penumpang terkandas sehingga menyebabkan beberapa jadual penerbangan tertangguh sebanyak empat kali dan ada yang terpaksa menunggu lama untuk menunggu bagasi.

"Oleh demikian, para penumpang berhak menuntut ganti rugi. Sepatutnya ketika kejadian, mereka berhak mendapat baucar makanan dan penginapan tetapi ia terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Joyful Malaysia Bersama Tourism Perak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.

Semalam, kira-kira 1,500 penumpang di KLIA terkandas selepas 50 penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah pengendalian bagasi oleh syarikat pengendali, AeroDarat Services.

Masalah itu berpunca akibat kekurangan pekerja syarikat pengendali berkenaan, disebabkan isu jadual dan pertukaran syif petugas.

Difahamkan syarikat penerbangan yang terjejas adalah Malaysia Airlines, Malindo dan beberapa pengendali penerbangan antarabangsa.

Pada masa sama, Badlisham berkata, gangguan bagasi itu telah pulih sepenuhnya hari ini dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa.

"Walaupun hari ini cuti sekolah bermula dan berlaku penambahan penumpang, namun urusan di KLIA dan KLIA2 berjalan lancar," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain