Muhammad Azroy yang bertanding dalam kategori 56 kilogram berkata, sasaran tersebut dilihat realistik berdasarkan pencapaian terkini pada temasya sukan kedua terbesar di dunia di Gold Coast, Australia itu.

“Selepas kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Komanwel, saya kini berusaha untuk melayakkan diri untuk menyertai Sukan Olimpik di Tokyo pula.

“Saya sudah mengumpul mata di Gold Coast, Australia dan sekarang saya mempersiapkan diri untuk menyertai Sukan Asia di Indonesia pada Ogos dan Kejuaraan Dunia di Thailand pada November depan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan hadiah wang tunai RM10,000 daripada Majlis Sukan Pahang (MSP) yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE