Aznil Nawawi

Majlis penyampaian akan diadakan pada pukul 9.30 pagi di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini.

Pemilihan Aznil dibuat oleh jawatankuasa Pemilihan Tokoh Pejuang Bahasa PLM Tahun 2016 yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada individu yang puluhan tahun secara konsisten memperjuangkan maruah dan martabat bahasa Mela­yu di negara ini.

Anugerah yang diterima oleh Aznil itu merupakan anugerah khas yang pertama kali diperkenalkan sebagai penghargaan kepada ikon yang banyak membantu mempromosikan baha­sa Me­layu kepada masyarakat di Malaysia.

Aznil ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau terharu dan terkejut dengan penghargaan yang diberikan oleh PLM.

Aznil terima anugerah Tokoh Ikon Bahasa