Aznil Nawawi
AZNIL

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, pelantikan Aznil adalah berdasarkan beberapa kriteria yang dimilikinya termasuk sering terbabit secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.

"Selain itu beliau juga mempunyai pengetahuan luas mengenai bidang pendidikan dan kebajikan bagi kanak-kanak terpinggir serta mendapat pengiktirafan masyarakat umum kerana ketokohannya.

"Kita berharap dengan pelantikannya sebagai ikon SBJK boleh membantu memberi khidmat daripada segi keperluan kepakaran, sumber dan membantu mengumpul dana serta sumbangan untuk disalurkan kepada sekolah berkenaan demi kebajikan murid, aktiviti dan pembangunan sekolah," katanya dalam sidang akhbar majlis penyerahan watikah pelantikan Ikon SBJK kepada Aznil di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE