Permohonan maaf itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan telah membuat panggilan telefon terhadap Mohamed Azmin.

“Saya telah bercakap panjang dengan Mohamed Azmin dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke mesyuarat hari ini.

“Mohamed Azmin menyatakan yang beliau menyerahkan segala keputusan terhadap kepemimpinan parti berhubung isu kontroversi melanda dirinya ketika ini,” katanya.

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu pejabat PKR dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Menurut Anwar, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah isu video intim yang tular di dalam media sosial melibatkan seorang individu mirip Mohamed Azmin. - UTUSAN ONLINE