Azmin Ali
Azmin Ali

Alasannya, jelas Mohamed Azmin, bantuan segera telah diberikan kepada mangsa sebaik sahaja perobohan itu dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pejabat Tanah Daerah Petaling.

Dakwanya, tanggapan zalim yang dilemparkan mangsa dan pihak bersimpati dengannya juga tidak wajar kerana kerajaan PKR Selangor telah menawarkan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan sewa percuma selama enam bulan.

“Perkara itu sudah tidak menjadi isu kerana kerajaan negeri dengan pantas telah memberi tawaran kepada keluarga yang berkenaan.

“Kerajaan negeri juga bersedia untuk berunding sekiranya diperlukan lanjutan dan apa yang perlu dilakukan telah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Selangor 2017 di sini hari ini.

Perobohan dua buah rumah dan kedai pegawai masjid tersebut mengundang kecaman pelbagai pihak sehingga ada menyifatkan Moha­med Azmin sebagai kejam kerana kes pemilikan tanah itu masih dalam perbicaraan mahkamah.