AZMI SAAT
AZMI SAAT

Beliau merupakan antara 24 personaliti daripada pelbagai latar belakang dipilih oleh pihak penganjur untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dalam program yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya berasa amat gementar tadi kerana baru sahaja dimaklumkan untuk mengetuai bacaan pada empat hari lalu.

"Alhamdulillah, saya dapat membaca dengan lancar dan jelas. Saya berharap ini dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya ketika ditemui selepas program itu.

Azmi memberitahu, beliau mengikuti kelas al-Quran sejak usia remaja di bawah kelolaan Persa­tuan Orang Buta Malaysia.

Katanya, berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang untuknya mendalami ba­caan al-Quran sekali gus mengamalkan kandungan kitab suci itu dalam kehidupan seharian.

"Walaupun sibuk saya cuba mencari masa untuk membaca al-Quran walaupun sering menerima jemputan persembahan nyanyian. Buta atau celik kita sebagai umat Islam perlu membaca al-Quran pada setiap masa," katanya.