Azman yang menerajui SJ Securities dari April 1996 dikatakan calon yang paling sesuai bagi menggantikan Ramjit.

Lulusan universiti dari United Kingdom itu merupakan pakar dalam perancangan strategik dan pasaran saham.

Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM).

Sementara Ramjit pula menerajui Suruhanjaya Sekuriti sejak April 2012. - UTUSAN ONLINE