Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ke­nyataan yang memaklumkan bahawa pelantikan itu berdasarkan pengalaman luas Azhar dalam sektor korporat.

“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata, sebagai sebuah syarikat tersenarai dengan pegang­an majoriti oleh Felda, kejayaan FGV sangat penting untuk manfaat warga peneroka.

Azhar pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. dan Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.

Pelantikannya bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang pernah ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC)