Azhan sebelum ini bertugas sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu, Selangor selama tiga tahun.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa yang bertukar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Tugas Abdul Wahib sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh sejak 14 Ogos lalu.

Majlis serah terima tugas tersebut disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE