Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azan dorong seorang 
lelaki peluk Islam

Mohd. Firdaus Abdullah, Fatimah Azahara Abdullah (tengah) dan
Mohd. Firdaus Abdullah, Fatimah Azahara Abdullah (tengah) dan rakannya bersama sijil johan pertandingan syarahan sempena Majlis Penutupan Mahrajan Amal Islami Muallaf peringkat negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 27 Feb. – Setiap kali terdengar seruan azan semasa menuntut selama empat tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, hati Mohd. Firdaus Abdullah, 26, terasa begitu sayu dan dalam masa yang sama jiwanya berasa cukup tenang.

Setiap kali itu, Mohd. Firdaus akan mengamati bait-bait azan tersebut meskipun tidak mengetahui maksudnya.

Tertarik dengan laungan azan tersebut, Mohd. Firdaus dari Miri Sarawak yang sebelum ini beragama Kristian akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun lalu.

“Saya pun tidak tahu, tetapi setiap kali mendengar azan, saya merasa cukup tenang. Semakin lama, hati ini semakin terdetik untuk memeluk agama tersebut (Islam).

“Setiap hari apabila balik daripada kelas,saya sering kali terdengar azan dari masjid di kawasan universiti ini. Ketika azan, saya akan berhenti dan mendengarnya penuh pengha­yatan. Rutin itu, saya teruskan sepanjang empat tahun belajar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Mahrajan Amal Islami Muallaf peringkat negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Mohd. Firdaus turut diumumkan sebagai johan pertandingan syarahan kategori lelaki seterusnya membawa pulang sijil dan wang tunai bernilai RM400.

Tambah Mohd. Firdaus, sebelum memeluk Islam, dia telah belajar daripada kawan-kawan selain mendengar ceramah ber­kaitan Islam.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, keluarga­nya juga tidak menghalang hasratnya untuk menukar agama.

“Sebelum mengucap dua kalimah syahadah, saya membe­ritahu rakan-rakan dan mereka menasihatkan supaya saya berfikir selama seminggu dan ketika itu, keputusan saya adalah muktamad,” katanya yang memeluk Islam di Perak.

Tambahnya, dia kini sedang belajar selain mendalami ilmu berkaitan agama Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sementara itu, seorang lagi muallaf, Fatimah Azahara Abdullah, 25, berkata, dia meme­luk Islam pada tahun 2015 kerana begitu tertarik dengan agama tersebut.

Fatimah yang berasal dari Sibu, Sarawak berkata, dia mendalami ilmu berkaitan Islam dengan kawan-kawan semasa tinggal di rumah kakaknya di Negeri Sembilan.

“Selepas masuk Islam, saya mengambil keputusan untuk datang belajar di Perkim. Keluarga tidak menghalang tindakan saya malah kakak dan abang sebelum ini juga memeluk agama Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain