Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ayam kampung: Pengguna diperdayakan

Prof. Dr. Azhar Kasim 5
AZHAR KASIM

SERDANG 30 Ogos - Pengguna di Malaysia selama ini diperdaya untuk mempercayai dan membeli ayam kacukan sebagai ayam kampung.

Pensyarah Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Azhar Kasim ketika mendedahkan perkara ini berkata, hampir 100 peratus daging ayam yang dijual di pasaran sebagai ayam kampung ketika ini merupakan kacukan ayam warna dan bukan baka yang didefinisikan sebagai baka popular tersebut.

Beliau dalam sidang media khas di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini berkata, permintaan dan harga ayam kampung yang tinggi telah mendorong para pembekal menawarkan ternakan mereka sebagai ayam kampung.

"Pendorong kepada tindakan mereka ialah keuntungan kerana ayam kampung tidak termasuk di bawah produk yang dikenakan kawalan harga pada musim perayaan selain popularitinya menjadikan harga semasa haiwan itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging.

"Ketika ini tiada peraturan mahupun pengklafikasian oleh pihak berkuasa mengenai ayam kampung menjadikan pembekal sewenang-wenang menggunakan istilah ayam kampung kacukan bagi meningkatkan pemintaan dan pembelian," kata beliau yang pertama kali mendedahkan perkara ini di akaun Facebook pada 23 Ogos lepas.

Justeru, Azhar menyarankan agar pihak berkuasa mewujudkan satu ketetapan menghalang istilah ayam kampung digunakan secar semberono bagi menjaga kepentingan pengguna.

Beliau turut mencadangkan agar satu badan khas diwujudkan bagi memantau industri ternakan ayam agar penipuan seperti ini tidak lagi berlaku.

Tambah beliau penubuhan agensi berkenaan akan turut memangkin pertumbuhan industri ternakan ayam kampung dan memberi manafaat kepada pengusaha luar bandar. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain