Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial, anak-anaknya, Puteri Aleeya Antasha, 16; Puteri Aleefa Antasha, 14, dan Putra Ahmad Merrah, 9, turut menyaksikan majlis pernikahan bapa mereka.

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz dan mas kahwin RM360, Awie bergelar suami kepada wanita yang juga bekas pramugari itu.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu memilih persalinan baju Melayu tradisi rona hitam, lengkap dengan tanjak, selempang dan samping, manakala isterinya mengenakan kebaya sedondon dengannya.

Ini adalah perkahwinan ketiga buat Awie dan pertama bagi Sharifah Ladyana. Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang hanya bertahan lapan tahun dan dikurniakan dua anak.
Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014. Ketika ini, krisis rumah tangga mereka masih dalam proses mahkamah. Perkahwi­nan mereka memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.