Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan Awang Adek, 62, itu telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki beliau mampu memimpin Mara dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian ini demi mencapai objektif Transformasi Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE