MOHD. IDRUS MOHD. MASIRIN
MOHD. IDRUS MOHD. MASIRIN

Sebaliknya, beliau berkata, autonomi yang diberikan kerajaan adalah secara transisi dengan mengambil kira posisi universiti awam sebagai entiti yang penting bagi mendidik rakyat Malaysia di peringkat tertinggi.

"Jika diberikan autonomi sepenuhnya, pasti yuran akan meningkat dan rakyat bawahan tidak berpeluang untuk masuk belajar di universiti awam. Pada ketika ini pun, dengan yuran yang rendah, kita masih dapat melihat ramai pelajar yang perlukan laluan kedua iaitu melalui kolej vokasional dan institusi kemahiran untuk melanjutkan pengajian masing-masing," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas laporan Ideas pada 30 Jun lepas yang antara lain menyatakan kebebasan autonomi universiti awam terhad kerana kebergantungan untuk peroleh peruntukan dana dan geran penyelidikan daripada kerajaan.

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagaimempertikaikan azam kerajaan dalam memastikan autonomi institusi pendidikan tinggi negara selain menyarankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan atau sekurang-kurangnya dipinda supaya institusi berkenaan berpemerintahan sendiri sepenuhnya.

Mohd. Idrus berkata autonomi yang diberikan kepada universiti awamb agaimanapun masih tertakluk kepada peraturan kerajaan memandangkan peruntukan universiti awam diberikan oleh kerajaan.

"Maka seharusnya kerajaan mempunyai suara dalam menentukan perancangan dan penggunaan bajet universiti awam. Bagaimanapun, universiti awam perlu diberikan kepercayaan untuk mentadbir melalui Lembaga Pengarah Universitinya sebagai 'governing entity'untuk mentadbir dan mengesahkan program serta memantau pelaksanaan program akademik.

"Bagaimanapun, pandangan untuk menghapuskan AUKU adalah tidak wajar kerana ia diwujudkan untuk menjadi kawalan dan rujukan kepada semua universiti di negara ini. Ia mengandungi pelbagai aspek yang dapat membantu pentadbiran universiti dan kementerian untuk memastikan universiti di negara ini ditadbir dengan baik dan ia akan dapat menjaga reputasi universiti di negara ini," katanya.

Beliau berkata, tanpa AUKU, dibimbangi akanw ujud banyak salah laku dalam pentadbiran dan pengurusan.

"Oleh itu, adalah wajar tindakan kerajaan untuk memberikan autonomi secara berperingkat dan melantik pentadbir yang kompeten untuk memahami proses pemindahan kuasa ini agar keharmonian warga universiti khususnya ahli akademik akan terpelihara dan dilindungi," katanya.

Beliau berkata, selain AUKU yang perlu dikekalkan, semangat tanggungjawab sosial korporat dan peruntukan kepada universiti perlu dikekalkan bagi memastikan institusi pendidikan dapat terus berfungsi untuk mendidik rakyatdi negara ini di peringkat pendidikan tinggi.

"Menjana pendapatan bagi universiti awam bukan satu keutamaan dan jika ini yang ingin dilaksanakan dan universiti awam perlu memastikan pendidikan tinggiyang terbaik dapat diberikan pada bila-bila masa dalam apa keadaan sekalipun," katanya. - BERNAMA