Lee Lam Thye

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, audit yang membabitkan struktur bangunan dan infrastruktur asas termasuk makmal, kantin serta padang itu penting bagi membendung kemalangan dalam kawasan sekolah.

“Pihak berkuasa yang membuat lawatan audit boleh mengenal pasti keselamatan sekolah termasuk dari aspek pendawaian...dan melalui hasil audit ini sekiranya terdapat ketirisan keselamatan di sekolah, tindakan segera dapat diambil dengan menambah baik keselamatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas me­nyempurnakan program Kese­lamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Sekolah di Sekolah Menengah St. Patrick, di sini hari ini.

Mengenai program OSH di se­kolah katanya, walaupun pro­gram itu diper­ke­­nalkan dengan so­kongan Kementerian Pendidikan, bilangan sekolah yang mengikuti program itu masih rendah.

“Hanya 15 daripada lebih 10,180 sekolah rendah dan menengah yang me­ngikuti program ini,” katanya lagi.

Lam Thye berkata, sekolah adalah tempat terbaik untuk mendidik generasi muda mengenai kepentingan menjaga keselamatan serta kesihatan, selain lokasi pekerjaan bagi guru dan kakitangan bukan mengajar.

“Persepsi bahawa sekolah hanya untuk belajar perlu di­buang sebaliknya sekolah perlu dianggap sebagai tempat kerja dan ekoran itu keselamatan dan kesihatan sekolah perlu diberi perhatian,” katanya. – BERNAMA