LEE LAM THYE

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, proses tersebut juga dapat mengenal pasti sebarang unsur penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan membabitkan proses perolehan aset-aset JPBM.

Katanya, jika terdapat penyelewengan, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit manakala aspek perolehan peralatan dan jentera bomba perlu diperkemaskan bagi mengelak kes yang sama berulang serta meningkatkan integriti di semua peringkat.

“Pendedahan 97 jentera bomba yang tersadai membuka mata banyak pihak. Amat menyedihkan apabila dilaporkan baju kalis api yang turut digunakan pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun. 

“Selain menggunakan baju kalis api yang ‘nazak’, antara 30 peratus hingga 40 peratus anggota bomba dilapor berkongsi baju kalis api itu dengan rakan mereka. Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang digunakan ketika operasi memadam kebakaran serta operasi mencari dan menyelamat di daratan dan dalam air perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari

Beliau mengulas mengenai 97 jentera bomba berharga RM165 juta didakwa tersadai di seluruh negara di percayai berpunca daripada kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya.-UTUSAN ONLINE