Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata,siasatan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Katanya, pengumuman ini telah dibuat bagi pihak Menteri, Mohamad Sabu dan juga kementerian.

“Menteri dan kementerian telah memutuskan bahawa siasatan ini akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Negeri,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan di Parlimen hari ini. -UTUSAN ONLINE