Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, profesionalisme ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sentiasa bersedia di samping menyuntik nilai patriotisme dalam kalangan semua pihak.

“Ketiga-tiga perkhidmatan itu mempamerkan kesiagaan pertahanan darat, maritim dan ruang udara kepada umum melibatkan kehebatan aset-aset ketenteraan serta kepantasan anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan negara.

“Ia bertujuan memperlihatkan tahap keupayaan dan kesediaan aset ATM dalam melaksanakan misi serta berhadapan dengan apa jua bentuk ancaman keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan demonstrasi keupayaan ATM di Lapangan Udara Kem Paradise di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Radzi Abd. Rahim; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. - UTUSAN ONLINE