SYED FAISAL ALBAR SYED ALI RETHZA ALBAR
SYED FAISAL ALBAR SYED ALI RETHZA ALBAR

Mengumumkan ganjaran itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, atlet yang berjaya mendapat pingat emas akan diberi ganjaran sebuah kereta Proton Perdana 2.0 manakala pemenang pingat perak menerima kereta Proton Suprima S.

“Sebuah kereta Proton Iriz akan dianugerahkan kepada atlet yang membawa pulang pingat gangsa.

“Semoga berjaya kepada semua kontinjen negara yang berjuang di Sukan Olimpik Rio,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE