SHAMSURIE
SHAMSURIE

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsurie Shafie berkata, berpandukan pengalaman sesi rawatan dikendalikan beliau, sihir pemisah menjadi salah satu penyumbang kepada penceraian di negara ini.

“Sudah tiba masanya, pakar-pakar perubatan alternatif Islam diberikan peranan untuk mengruqyahkan terlebih dahulu untuk melihat sama ada pasangan terlibat dengan unsur mistik atau tidak,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Selangor Mohammad Adib Husain yang mahu penglibatan pakar perubatan alternatif Islam bagi membantu pro­ses pembuktian unsur mistik dalam kes-kes Mahkamah Syariah di Selangor.

Mengulas lanjut, Shamsurie memberitahu, sekiranya pasangan berkenaan mempunyai gangguan mereka akan memberikan respon dengan cepat ketika diruqyah.

Katanya, langkah tersebut juga membolehkan hakim meneliti dan membuat penilaian berkaitan dengan kes berkenaan sebelum membuat keputusan.

Shamsurie berkata, di Kelantan ada hakim syarie yang mengendalikan kes ini mencadangkan pasangan terlibat supaya bertemu dengan pakar-pakar perubatan alternatif Islam terlebih dahulu. - UTUSAN ONLINE