Penolong Pengarangnya, Norimanah Seman berkata, melalui kempen tersebut pelanggan boleh memilih untuk mewakafkan majalah di sekolah-sekolah yang diminati mereka.

“Walaupun majalah ini dijual dengan harga yang murah iaitu RM5.50 bagi setiap naskhah namun bukan semua murid berkemampuan untuk membeli bahan bacaan tersebut.

“Sebab itu kita lancarkan kempen tersebut, pelanggan boleh mewakafkan majalah bagi tempoh enam bulan iaitu RM33. atau setahun dengan harga serendah RM66,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kempen tersebut dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajidi Dusuki.

Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah serta Pengurus Jabatan Pengarang; Ainol Amriz Ismail. - UTUSAN ONLINE