Seramai 1,088 pelajar terdiri daripada graduan Ijazah Sarjana Muda dari empat fakulti iaitu Fakulti Ekonomi, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan diraikan di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak dekat sini hari ini.


Tiga graduan orang kurang upaya (OKU) juga merupakan antara penerima anugerah bagi sesi pagi yang berlangsung tepat pukul 9 tadi. 


Turut hadir Dekan bagi setiap fakulti serta pensyarah UIAM.- UTUSAN ONLINE