Untuk itu, hari ini Aswara mengadakan program pertukaran seni budaya dan warisan bagi membolehkan pelajarnya memahami seni budaya negara lain sebelum mencari peluang pekerjaan di sana.

Rektor Aswara, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari berkata, melalui program tersebut, pihaknya telah mengundang 12 pelajar daripada Yayasan Pendidikan dan Kebudayaan Pelajar-Pelajar Indonesia (ISCEF) untuk memperkenalkan tarian tradisional mereka daripada Indonesia kepada pelajar Aswara.

"Pelajar kita juga perlu mengetahui gerak geri tarian dari negara-negara jiran sebagai ilmu tambahan agar mereka memperoleh teknik baharu dalam persembahan.

"Pada kali ini kita pilih Indonesia kerana budaya di antara mereka dan Malaysia dan tidak jauh berbeza malah ramai graduan Aswara berjaya mencipta nama di Indonesia," katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri program pertukaran seni budaya dan warisan di antara Aswara dan ISCEF, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, Prof. Dr. Mohd. Nasir Ibrahim serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar ASWARA, Raja Nor Sheela Raja Aziddin. - UTUSAN ONLINE