Menurut aktor yang sedang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu, sebelum ini sudah banyak kali dia menerima tawaran daripada pihak produksi yang mahukan khidmatnya berlakon dalam drama terbitan mereka.

"Malangnya, setiap kali nama saya diusulkan kepada Astro, mereka enggan menerima cadangan tersebut dan meminta agar menggantikan dengan nama pelakon lain.

"Sedangkan sebelum ini wakil Astro pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak mempunyai masalah dengan saya, tetapi kenapa nama saya digugurkan?" persoalnya.

Tambah Syazwan, dia tidak faham dengan pendirian Astro seolah-olah terdapat dalang di sebalik permasalahan yang dihadapinya kini.

"Jika benar nama saya telah digam, harap diperjelaskan puncanya agar boleh perbetulkan keadaan," pintanya.

Syazwan yang bergerak seorang diri tanpa dinaungi syarikat pengurusan itu berharap kemelut yang dilaluinya dapat diselesaikan dengan baik. - UTUSAN ONLINE