Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, Asri merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang menyelia pelaburan kerajaan.

Pelantikan tersebut bagi menggantikan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mei lalu.

Turut diumumkan ialah pe­lantikan Jawatankuasa Eksekutif baharu 1MDB yang dianggotai Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd. Sies dan Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman.

“Jawatankuasa tersebut diberi amanah oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi hari­an syarikat,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.