ASNB dalam kenyataan berkata, mana-mana aplikasi internet yang mengandungi penyataan atau informasi berkenaan ASB, PNB, ASNB dan/atau tabung-tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB di laman penyedia aplikasi berkenaan, tidak diiktiraf oleh pihak ASNB.

Menurut kenyataan itu lagi, aplikasi tersebut beroperasi tanpa pengetahuan dan kebenaran dari pihak Pemegang Amanah, ASNB dan

PNB.

“Pihak Pemegang Amanah, ASNB, PNB dan ejen-ejen dilantik oleh ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang

dialami oleh mana-mana pihak akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam aplikasi tersebut.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan perkara di atas, atau mempunyai pengetahuan tentang pengendalian atau pengendali aplikasi internet tersebut, sila hubungi ASNB di talian 03-2057 3000, pada waktu pejabat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Online di laman Google Play Store mendapati tidak ada aplikasi khusus menggunakan jenama produk di bawah ASNB yang menawarkan perkhidmatan secara terus, namun terdapat beberapa aplikasi yang menggunakan singkatan menyamai jenama produk di bawah ASNB. - UTUSAN ONLINE