Ini juga adalah hasil dividen tahun kewangan setakat ini sebanyak 5.01 peratus.

Setakat 31 Oktober 2018, ASN Imbang 1 mencatatkan pendapatan bersih tenyata sebanyak RM62.70 juta untuk 11 bulan pertama tahun kewangannya, kata PNB.

“Walaupun pasaran terus berada dalam keadaan mencabar, PNB berjaya menjana pulangan dividen yang kompetitif kepada pemegang unit ASN Imbang 1.

Kami komited untuk melaksanakan strategi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi dan menjana pulangan yang mampan dalam usaha kami memenuhi mandat untuk menjana kekayaan kepada pemegang unit kami,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz dalam satu kenyataan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN Imbang 1 adalah berdasarkan unit yang dipegang dan Nilai Aset Bersihnya setakat 30 November 2018.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2018.

Semua urus niaga ASN Imbang 1 ditangguhkan mulai 30 November hingga 1 Disember 2018 untuk pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui portal ASNB, myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Disember 2018.

ASN Imbang 1 adalah dana di bawah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah dimiliki sepenuhnya oleh PNB. - BERNAMA